Monday, 20 May 2013

~ CinTa ~




Ku Tggu Sapa yang Allah telah tentukan untuk menjadi Zaujku 
Insyaallah aku akan buat yang terbaek..
Bimbingla aku untuk menjadi Isteri Solehah, Ibu Mithali kepada bakal2 pendakwah kita:)

Ya Allah Berikanlah aku seorang suami yang soleh..
Yang mentaati perintahmu dan meninggalkan segala laranganmu
Yang mentaati kedua ibu bapanya
Yang dapat membimbingku kejalanMU dan keSyurgaMU
Yang dapat menjadi seorang Suami dan Bapa yang Soleh..
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Berikah aku seorang imam yang dpat membimbingku sebagai makmumnya
yang dapat membimbing keluargaku sebagai makmumnya
Ya Allah perkenankanlah doa hambaMU yang hina lagi kerdil ini Ya Allah..


Budak Engineering Qeja Part Time

Assalamualaikum..

Ermm x sempat nk cite pasal langkawi..
maklumla diriku ini teramaaaattt la busy.
lepas je blik bercuti..
teross dpt jobb.. hahahaha
dengar mcm best je..

kerja part time aku bermula 20 Mei 2013
sebagai pencuci pinggan kedai mkn..
sebelum ini aku di offer sbg tukang bacuh air..
disebab aku nie mmg expert bab2 air nie..
aku tolak.. kih kih kih..

Aku p qeja pkol 4 ptg sampai la 2 mlm..
aku p qeja, dreesup mcm p kelas bak ang..
hahahaha. plg smart la..
sebenar2 nya.. ak mmg pakai macam tu..
nk wat cam mna..
RedhO je la..

Nie la qeja aku..














Angkat pinggan kotoq !!!!
dulu aku ddk mkn ja.. la..
Sekarang..
segalanya dah berubah.. mmg ku nantikn perubahan nie bak ang..
Aku nk merasa semua qeja yang orang x suka nk buat..
kutip sisa2 makanan..
bru aku boleh muhasabah diri.. :)
baru kite tau kepenatan orang2 yang bekerja di sektor nie..
hormat la mereka walaupon depa bukn fmly kita.. :)
mereka adalah asset negara..















Dah angkat apa lagiii.....
basuh la.. huh penat giler..
serius x tipU..
kutip getah pon x sepenat nie..

Walaupon qeja aku cuci pinggan..
aku antq jugak order pelanggan.. klo kite tlog qeja org..
org pon nak tolong qeja kita..
yela, klo nk tutup kedai.. berlambak pinggan, kuali, belanga, gelas, cawan..
mau bebai klo wat sorang.. hakhakhak..
So Ringan2 kan la tenaga anda :)
Gaji pertama aku RM 25.00 semalam.
not bat la.. ok la jugak.. 4 hari dah serat
ermm sebulan dah boleh cover duet aku p bercuti..
kih3..

Insyaallah nanti aku ceqita pasai p langkawi na..
best bercuti, tp duet melayang.. hahahaha

Tuesday, 14 May 2013

~AzAB WaNita Di NeRaka~

AZAB BAGI KAUM WANITA DI NERAKA





Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat, renungan khususnya untuk para wanita. Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis mankala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya
mengapa Rasulullah saw, mengapa beliau menangis. 

Beliau menjawab, "Pada malam aku di isra'-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan seksanya."

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka.

Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.

Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi saw. Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan,

"Mengapa mereka disiksa seperti itu?"

*Rasulullah menjawab,

"Wahai putriku, Adapun
mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya

Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.

Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain. 

Perempuan yang memotong sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya
kecantikannya dilihat laki- laki yang bukan muhrimnya.


Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kala jengking padanya
karena dia meninggalkan solat dan tidak mahu mandi junub.

Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. 

Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami." Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Monday, 13 May 2013

~ ReSaH GeLisAh ~

Assalamualaikum pembuka bicara :)

Tajuk menyayat sgt.. huhuhuhu
bkn apa aku cuma berasa resah bak ang.. maklumla nk p langkawi tp....
kocek kosong.. angan2 nk membeli belah, kawasan bebes cukai la kata kn..
ermm.. macam2 la aku nak beli.. 
nasib baek p sume disponsor oleh Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
Ini adalah hadiah daripada kemenangan 
MiRoC 13 yang diadakan di Unimap pada 12-14 Appril 13.

Ermmm jom2 cite pasal MiRoC.. 

Muka semua happy selepas diumumkn sebagai winner paintball robot kategori Malaysian Technical and Skills Institution.
huhuhuhu.. hadiah agak lumayan la jugak RM 2500.00
Alhamdulillah dapat pingat emas kategori poster n booth.. Rezeki dari yang maha Esa.
Ermm.. rezeki melimpah ruah apabila diumumkan sebagai best presentation Paintball Robot. 
Hadiah RM500.00 
So total RM 3000.00

Bagi aku duet xpenting tp usaha pensyarah2 amat2 dihargai kerana membimbing kami smpai berjaya jdi winner x dapat dijual beli dgn wang ringgit.. serius bak ang.. 
Bnyak aku belajar bile sertai competition ini.. Kerjasama rakan2 penting giler..

Ini antara gambar di unimap.. 

                                          ~bergambar kenangan bersama Team Tiger PTSB ~


                                                            ~ budak2 laki yang joint ~


                                                         ~ Inilah robot2 yang berjuang ~


                                                                ~ Hero PTSB ~
Huhuhuhu.. Siapakah ini???
Inilah Hero PTSB.. kenapa letak akhir???
dah nme pon hero.. herokn mng disaat akhir..
En Fikree bin Alias.. huh nme sesmart muke.. hero mmg hensem.. hahaha
En ini la yang bnyak berkorban masa, tenaga, wang ringgit.. ermm bnyk ag la..
demi nk siapkn robot2 perjuang..
Terima kasih En n Tahniah diatas kemenagan.. :)

PTSB BOLEHHHH !!
One Impact Clap 4 PTSB.. 
Rindu PTSB.. :(

Nie Aku totonkn video perlawanan






                         


Sunday, 12 May 2013

~ BaGaImAnA NaK JaDi SoLeHah ~

BAGAIMANA NAK JADI SOLEHAH 

Ini post yang diambil dari facebook Tengku Faris Tg Khalid

Ini adalah panduan para wanita untuk menjadi Solehah

"Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening)."
(Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan."
An-Nur : 31

"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina."
(Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka."
An-Nur : 31

"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya."
(Riwayat At-Thabrani)

"Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah : Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja."
(Riwayat Muslim dan Bukhari)

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."
Al Ahzab : 32

"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti."
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah)


p/s:Usah memenatkan diri mencari di manakah si soleh, lebih baek persiapkn diri untuk menjadi mawar agama yang solehah.. sela

~ Rahsia Solat Awal Waktu ~


Rahsia Solat Awal Waktu 

Ditulis oleh Ustaz Zahazan 


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga
alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi
mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru mudayang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. 
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. 

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid
yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan
ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga
dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. 

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur 
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum
warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang
berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia
yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan
atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar 
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan
frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan
lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini
terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni
amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita 

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana
mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga
seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .)
kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang
boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah
ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang. 

Waktu Isyak 
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana
keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.


Waktu Qiamullail
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan
seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar
pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit
kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. 
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini
dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta
seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. 

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t
tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan
solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai

pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah

amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga
solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Friday, 10 May 2013

I ReJaB

Assalamualaikum

huhuhuhu
semakin giat aku mengupdate blog nie..

sesuai dgn tajuk ~ I ReJaB~

1 Rejab bersamaan Sabtu 11 Mei 2013
Adalah malam 1 Rejab.. 
Imam Syafiie Rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, ALLAH SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab. Bulan Rejab dikenali juga sebagai bulan Istighfar.

Jadi,perbanyakkan doa mudah-mudahan ALLAH ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab. Perbanyakkan Istighfar, minta ampun daripada ALLAH SWT. InsyaAllah..


                                                           

                                                              ~ مرحبا بكم في شهر رجب ~



Kisah tauladan pada Bulan Mulia Ini, Bulan Allah iaitu Bulan Rejab

Satu ketika di zaman Nabi Muhammad S.A.W, terdapat seorang perompak jalanan yang terkenal. Setiap selepas tengah malam, dia akan menangkap dan merompak sesiapa sahaja yang ditemuinya berjalan berseorangan. Kadangkala, dia akan memukul dan membunuh orang yang dirompaknya. Selepas merompak, dia terus pulang ke rumah. Tidak ada seorang pun yang mampu menangkap lelaki tersebut. Disebabkan kekejamannya, Nabi S.A.W telah berkata dengan perasaan marah tentang lelaki tersebut: “Orang tu jahat, jika dia meninggal, aku tidak akan menyembahyangkan dan mengkebumikannya di tanah perkuburan orang Muslim”.

Selepas beberapa tahun, lelaki tersebut meningggal dunia. Dia mempunyai seorang anak perempuan. Malangnya, anak perempuannya tidak menemui seorang pun yang boleh membantunya menguruskan jenazah ayahnya. Disebabkan Nabi S.A.W pernah mencela perbuatan ayahnya tidak akan menyembahyangkan dan mengkebumikannya di tanah perkuburan orang Muslim, budak-budak nakal telah membawa jenazah tersebut melalui jalan Madina dan membuangnya ke dalam sebuah perigi kosong serta kering. Sebaik sahaja jenazah itu dibuang, Allah telah berfirman kepada Nabi Muhammad S.A.W dan berkata, “Ya Habibi ya Muhammad! Wahai kekasih Ku Nabi S.A.W, hari ini seorang daripada wali Ku telah meninggal dunia. Kamu mesti pergi dan memandikannya, mengkafankannya, menyembahyangkkannya serta mengkebumikannya.”
Nabi S.A.W terkejut, sepanjang hidupnya dia telah mencela lelaki tersebut. Sekarang apabila lelaki tersebut meninggal dunia, Allah memberitahu baginda bahawa lelaki tersebut sebenarnya adalah wali-Nya. Bagaimana dia boleh menjadi wali? Sesungguhnya tidak ada seorang pun yang dapat mencampuri urusan pengetahuan Allah, walaupun Nabi S.A.W.
Allah berkata kepada Nabi S.A.W, “Ya Rasulullah, pergi dapatkan dia dan bersihkan dia.” Dengan serta merta, Nabi S.A.W memanggil Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan berkata, “Wahai Abu Bakar, kita perlu pergi dan dapatkan ‘lelaki’ tersebut. Abu Bakar berkata, “Ya Rasulullah, kamu pernah berkata yang kamu tidak akan mengkebumikan lelaki tersebut di tanah perkuburan orang Islam, dia bukan seorang muslim!” Nabi S.A.W berkata, “Tidak, tinggalkan persoalan Muslim. Allah memberitahuku hari ini yang lelaki tersebut adalah seorang wali!”
Apa yang telah dilakukan oleh perompak tersebut sepanjang hidupnya sehingga dia boleh menjadi seorang wali? Sepanjang hidupnya, dia telah membunuh, merompak dan mencuri. Nabi S.A.W pergi ke perigi tersebut, mengambil mayat lelaki tersebut dengan tangan baginda sendiri, dan membawanya pulang ke rumahnya dengan sahabat-sahabatnya. Kemudian, baginda membersihkannya, memandikannya, mengkafankannya, menyembahyangkannya dan seterusnya membawa jenazah lelaki tersebut daripada masjid Nabi S.A.W. ke Jannat ul-Baqi. Jarak perjalanan dari masjid ke Jannat ul-Baqi ialah 15 minit jika berjalan kaki. Namun begitu, Nabi S.A.W mengambil masa lebih daripada dua jam untuk sampai dari tempat yang pertama ke tempat yang kedua. Semua sahabat-sahabat baginda berasa hairan apabila melihat cara Rasulullah S.A.W. berjalan. Dengan tangan baginda sendiri baginda telah membersihkan lelaki tersebut, memandikannya dan menyembahyangkannya. Semasa baginda membawa jenazah tersebut ke tanah perkuburan, baginda berjalan menggunakan jari kakinya (secara mengjinjat). Lantas sahabat-sahabat baginda bertanya, “Wahai Rasulullah, kenapakah engkau berjalan sedemikian?” Baginda menjawab, “Allah telah memerintahkan semua wali daripada timur dan barat, dan semua malaikat daripada tujuh syurga dan semua kerohanian hadir dan mengiringi jenazah ini. Mereka semua terlalu ramai dan memenuhi jalan, dan aku tidak mempunyai tempat untuk meletakkan kakiku. Sepanjang hidup aku, tidak pernah aku terkejut seperti hari ini.”
Selepas mengkebumikan lelaki tersebut, Nabi S.A.W tidak bercakap dengan sesiapapun sebaliknya baginda terus pulang ke rumah dengan badan yang terketar-ketar. Baginda duduk dengan Saidina Abu Bakar dan bertanya kepada diri baginda tentang apa yang telah dilakukan oleh wali tersebut; menjadi perompak sepanjang hidupnya tetapi mendapat pengiktirafan yang cukup tinggi dari Allah. Saidina Abu Bakar berkata, “Wahai Rasulullah, aku berasa malu untuk bertanyakan tentang apa yang telah aku saksikan hari ini, ia sesuatu yang menghairankan.” Kemudian, Nabi S.A.W. menjawab,” Wahai Abu Bakar, aku lebih terkejut dari kamu, dan aku sedang menunggu kehadiran Jibril dan memberitahuku apa yang telah berlaku”
Apabila Jibril datang, Nabi S.A.W berkata,” Wahai Jibril, apakah yang sebenarnya berlaku?” Jibril menjawab,” Wahai Nabi S.A.W., janganlah engkau bertanya aku. Aku juga hairan sepertimu. Oleh sebab itu, jangan berasa hairan kerana Allah boleh lakukan apa sahaja yang orang lain tidak dapat lakukan dan Dia memberitahu kamu untuk bertanyakan anak lelaki tersebut tentang apa yang telah dilakukannya semasa hanyatnya.”
Dengan serta-merta dan ditemani oleh Saidina Abu Bakar, Nabi S.A.W. dengan sendirinya pergi ke rumah perompak tersebut. Nabi S.A.W. dengan rendah diri meletakkan kuasa dan statusnya sebagai manusia paling sempurna yang dicintai Allah pergi ke rumah perompak tersebut untuk bertanyakan apa yang telah dilakukan oleh ayahnya semasa hanyatnya: “Wahai anakku, sila ceritakan kepadaku bagaimanakah kehidupan ayahmu.” Anak perempuan lelaki tersebut berkata, “Wahai Rasulullah, aku begitu malu dengan apa yang akan aku ceritakan kepada kamu. Ayahku seorang pembunuh, seorang pembunuh. Aku tidak pernah melihat dia melakukan sebarang kebaikan. Dia akan merompak dan mencuri siang dan malam kecuali satu bulan. Apabila bulan tersebut tiba, dia akan berkata: “Bulan ini adalah bulan Tuhanku, kerana ayahku pernah mendengar engkau berkata, Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulan Nabi S.A.W. dan Ramadhan adalah bulan umat Muhammad.” Kemudian ayahku berkata lagi, “Aku tidak kisah dengan bulan Nabi S.A.W. atau bulan umat Muhammad, kecuali bulan Tuhanku. Oleh sebab itu aku akan duduk di dalam bilikku bersendiriaan, dan bersuluk sepanjang bulan ini.
Nabi S.A.W bertanya kepada anak perempuan itu lagi, “Apakah jenis suluk yang dia telah lakukan?” Dia menjawab,” Wahai Rasulullah, satu hari ketika ayahku sedang berjalan untuk mencari seseorang yang boleh dirompaknya, dia bertemu dengan seorang lelaki tua yang berumur 70 ke 80 tahun. Lantas ayahku memukulnya sehingga pengsan, dan kemudiannya merompaknya. Dia menemui sehelai kertas kecil yang tergulung pada orang tua tersebut. Kemudian, dia membukanya dan mendapati di dalamnya ada satu doa. Ayahku amat gembira dengan doa tersebut. Setiap tahun, apabila datang bulan Rejab bulan Allah , ayahku akan duduk bersendirian dan membaca doa tersebut siang dan malam, menangis dan membaca, kecuali keluar untuk makan dan membersihkan diri. Apabila bulan Rejab berakhir, dia akan bangun dan berkata, bulan Allah telah tamat, sekarang untuk menggembirakan ku aku akan kembali merompak dan mencuri untuk 11 bulan yang akan datang.
Doa yang digunakan oleh lelaki tersebut adalah sangat penting dan kita dinasihatkan untuk membacanya 3 kali sehari ketika bulan Rejab. Apabila Nabi S.A.W meminta anak perempuan lelaki tersebut memberikan doa tersebut kepadanya, baginda terus mencium kertas doa tersebut dan menyapunya pada badan baginda. Jangan tinggalkan doa dan amalkannya ketika bulan ini datang, teruskan membacanya, dan Allah akan memberi kepada kita, Insyallah. Bergantung kepada niat masing-masing.
Allah telah berkata kepada Nabi S.A.W., “Wahai Nabi yang Kucintai, orang itu telah datang dan memohon keampunan dari Ku di dalam bulan yang sangat berharga. Oleh sebab itu, kerana dia berkorban sekurang-kurangnya satu bulan dalam setahun untuk Ku, Aku ampunkan semua kesalahannya, dan aku tukarkan semua dosanya kepada ganjaran. Kerana dia mempunyai terlalu banyak dosa, sekarang dia mempunyai banyak ganjaran, dan dia kini menjadi wali besar.” Kerana satu doa, Allah jadikan seseorang yang tidak pernah beribadat sepanjang hidupnya menjadi wali.

~ Doa Yang Diamalkan ~



~GrAdUaN TaK Di IkTiRaFF~

Assalamualaikum..

huh sekian lama tidak menjenguk blog nie..
sapu2 sawang sikit, sruk srak sruk srak.. hahahaha
padahal memang takde entri pon.. 
Alhamdulillah tamat sudah study diploma in engineering mechatronic.. 
tp sayangnye result x kuar ag.. x tau la ok or ko.. 
hope so hope so ok la hendaknye.. 
so jadilah aku ~GrAdUaN TaK Di IkTiRaFF~

 
~gambar malam pra graduan~

Uhh semua kwn2 nmpk anggun ag bergaya pada malam nie..
ak bersiap kelam kabut sebb sibuk siapkn PaInT BaLL RoBoT..
perlawanan seminggu lepas mlm pra graduan 12 april 2013.